Thursday, December 6, 2012

Red Velvet Cake - Cubaan Kedua

Assalamualaikum



Baru-baru ni, aku ada buat Kek Red Velvet. Cubaan kali kedua, cubaan pertama masa raya haji baru ni tapi kali ni macam tak menjadi je. Luaran nampak macam tak sedap, ceh rasa tengok. Sedap kot.. En. Suami suka.

Red Velvet Kek
Resepi Asal Dari Blog Masam Manis

1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah 
57 gm butter tanpa garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - aku ganti dengan susu segar @ UHT
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda
Bahan-bahan Topping Cream Cheese *aku ubah ikut cara aku.. aku suka topping banjir.. sedap..
250g cream cheese
100g gula
1 cwn Fresh Cream - aku ganti ngan susu UHT




Selamat Mencuba :)

Thursday, November 8, 2012

:: Sayangku Koyie ::

Assalamualaikum

Nak kenalkan kat korang cinta baru saya, tadaa...

Inilah Koyie, comel tak? Comel kan?

Friday, August 10, 2012

:: Masih Bujang? ::

Assalamualaikum

Sengih-sengih bila bos ingat kita bujang lagi. Hakikatnya dah setahun lebih dah kawennya. Hehe, balik rumah cite kat husband. Nak taw dia cakap ape??.. PERASAN LA TU. T__T sentap. *Eleh jeles r tu, orang ingt kita bujang lagi*

Tapi betullah, bila keluar jalan-jalan ngan husband ramai orang cakap kami ni tak nampak macam pasangan suami isteri. Tapi nampak cam couple2 lain. Adoi.. adakah patut dorang cakap macam tu. Mayb kami belum ader baby lagi kot. Think +ve.


:)


Wednesday, August 8, 2012

:: Hari Jadi ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah, 8 Ogos bertambah setahun lagi usia saya. Thanks kat suami n family n kawan-kawan yang wish besday saya. Hari ini happy sangat. Balik kerja, husband bawa pergi kedai kek. Minta saya pilihkan kek apa yang saya nak. Wah.. terharunya. Memandangkan Red Velvet Cake takde, saya pun pilih Black Forest Cake. 

Black Forest Cake
Sampai je rumah, husband cakap hari ni biar dia yang sediakan makanan berbuka nanti. Dia suruh saya rehat je. Lagi terharu. Layan macam puteri. Hehehe. So, husband masak ayam goreng kunyit untuk saya. Makanan kegemaran tu. Dia ada buat sup sekali. Sup bebola ikan. Masak simple tapi sedap. Lagipun makan berdua je. :)

Ayam Goreng Kunyit
Sup Bebola Ikan

Cili Kicap

Ayam Goreng Kunyit, Sup Bebola Ikan dan Cili Kicap. Cukup untuk makan berdua. Simple dan penuh kasih sayang. :) Terima Kasih Dear..

Wassalam


Friday, August 3, 2012

:: Petua Untuk Hilangkan Bau & Putihkan Ketiak ::

Assalamualaikum

Nak hilangkan bau ketiak yang tengik dengan cara yang mudah dan semulajadi. Disamping memutihkan ketiak yang hitam akibat terlalu berharap sangat kat deodorant? Gunalah tawas. Tawas? Ye, tawas. Lepas mandi, Masa ketiak masih basah. Gosok tawas kat situ. 

Amalkan setiap hari selepas mandi. InsyaAllah, hilanglah bau ketiak tu. Bukan bau je hilang. Ketiak pun boleh jadi putih. Tawas boleh dibeli dimana-mana kedai jamu atau kat kedai runcit selain tu, boleh juga beli kat Watsons atau kat Guardian. Kalau beli kat kedai runcit, biasanya dijual dalam bentuk macam ni.


Kalau beli kat kedai jamu, watsons or guardian. Biasanya dorang akan jual dalam bentuk macam sabun or macam bentuk deodorant. :) Selamat mencuba.

Wassalam

Wednesday, August 1, 2012

:: Mengantuknya.. ::

Assalamualaikum

Mengantuknya rasa, selalunya time rehat pukul 1 tengahari. Saya tak tido, time nie saya mengadap pc je. Tapi dari semalam, tepat je kul 1. Mesti nak nap, kejap pun jadilah. Bila bangun je, rasa mamai2. Jalan pun tak betul. Nasib baik tak jatuh.Tadi time solat pun rasa macam nak jatuh. Sampai ada kakak ofiz tegur. Ya, Allah. Kenapa rasa letih sangat ni.

Thursday, July 26, 2012

:: Berbuka Puasa Dalam Kereta ::

Assalamualaikum

Semalam, tak sempat nak berbuka kat rumah. Jalan sesak, terpaksalah kami berbuka dalam kereta. Sekali sekala berbuka dalam kereta pun ok ape. Haha, sempat ambil gambar. Tapi gambar tak berapa nak jelas. Biasalah, ambil gambar guna fon murah je. :)




Sharing Jus Dragon Fruit. Husband minum sikit, saya minum banyak. Hahaha, *kejam*. Balik rumah baru makan. :)

Wassalam

Friday, July 20, 2012

:: Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak ::


:: Cerita Sedih Untuk Contest Raya Sepet ::

Assalamualaikum

Saya nak beg. Beg free dari Sepet. Kenapa saya nak free? sebab dia buat contest raya dan sape menang dapat beg free. Tapi sebelum tu kenalah buat cerita sedih. Ok nie cerita sedih saya.

Bila raya je, semua orang nak bergaya dengan baju baru, tudung baru, kasut baru dan BEG juga nak baru. Tapi saya, hanya mampu melihat je. Sedih kan? Bukan tak mampu, tapi banyak lagi kepentingan lain yang nak diutamakan. So, raya tahun ni, bajet untuk beli beg baru memang xde. Nak minta suami belikan beg baru. Kompem tak dapat.

Saya : Dear, belikan beg baru untuk sayang?
Suami : Kan beg sayang masih ok. Buat apa nak beli lain. Membazir je.
Saya : ok.. (T___T) *sentap*

Sedihkan. Nak beli sendiri, sedih nak kuarkan duit. Nak minta kat mama, kompem mama tak bagi, sedih lagi. Nak minta kat sape? Kakak? Adik? Mesti tak dapat juga. Bertambah-tambahlah sedih. Sedihnya, saya pun nak bergaya time raya nanti. Nak beg baru juga. T___T . Mudah-mudahan dengan join contest ni, dapatlah merasa pakai beg baru raya ni. Free pulak tu. :P 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedih tak cerita saya, sedih kan. So, kepada semua pembaca yang baik hati, tolong Like Sepet Shop , dan sape-sape yang nak join contest ni bolehlah ke Blog Sepet The Gojes.

Wassalam

Thursday, July 19, 2012

Contest Raya

Assalamualaikum

Contest Raya dari Sepet. Ok, xtvt harian mesti buka blog dia. Sebab dia rajin update. Suka apa yang dia tulis. Arini nampak dia buat contest raya. Sape join dan menang dapat hadiah handbag. Tapi sebelum tu, kena letakkan banner Sepet Shop kat blog korang. Nak taw lebih lanjut. Usha kat blog Sepet.

Wassalam

Thursday, July 12, 2012

:: Hot Guys Who Cook ::

Assalamualaikum

Siapa cakap lelaki kacak tak pandai masak? Dalam rancangan Hot Guys Who Cook kat Astro Diva, semua lelaki-lelaki yang kacak samaada model, pelakon mahupun VJ pandai masak. Kadang-kadang bila tengok rancangan tu, kita terfikir sedap ke masakan dorang nie, or saje depan tv cakap sedap sedangkan hakikatnya dorang je yang tahu ape rasa masakan tu.

Kat rumah hot guy saya a.k.a suami saya pun pandai masak. Bangga dapat suami yang pandai masak. Kalau kita tak sihat, dia leh masakan untuk kita. Seronok, kadang-kadang boleh masak sama-sama. Antara masakan yang suami masak. Simple tapi sedap.

Ikan Masin Masak Dengan Cili Hijau

Bendi Masak Kicap

Gulai Ikan

Ikutkan banyak lagi, tapi malas nak upload pic banyak-banyak. Oklah, ini je untuk hari nie.

Wassalam

Tuesday, July 3, 2012

:: Hari Bahagia Bersama Family ::

Assalamualaikum

Minggu lepas, family saya datang jalan-jalan di sini. Happy sangat-sangat. Dapat meluangkan masa, walaupun banyak masa dihabiskan dengan bershopping sampai malam. Minggu tu memang letih sangat. Tidur pun tidak cukup. Tapi takpa, janji dorang semua happy and apa yang dorang mau beli, hampir 100% terbeli juga. Walaupun ada barang yang tiada dalam list pun dorang terbeli sekali. Huhu. So, korang layan gambar-gambar di bawah.


Saya, mama, Nek Muda, Ina & Eka (sepupu)


                                             Jalan-jalan di Aeon Jusco, Station 18 Ipoh

 Lelaki yang pakai baju warna hijau tu, Daddy Eka.


 Amboi, Nek Muda borang sakan nampak





Wassalam

:: Fujifilm Instax Mini 7s ::

Assalamualaikum

Akhirnya, kamera Fujifilm Instax Mini 7s jadi milik saya. Happy sangat. Warna pink pula tu. Comelnya. Senang nak bawa kemana-mana. Sekarang nak beli bag untuk kamera ni, tapi tak tahu lagi nak beli online or beli kat luar je. Tengok macam mana dulu la. Apa-apa pun, layan gambar si comel kat bawah ni.. :)

Itu pic En. Suami saya ambik ngan kamera ni. Terang n jelas kan.. :)


Wassalam


Tuesday, June 26, 2012

:: Stik, Chicken Chop or Mushroom Soup? ::

Assalamualaikum

Aritu mengidam nak makan stik, hari-hari bising ngan suami "teringin sangat nak makan stik" , "Dah lame kita tak makan stik kan?". Myb dia pun naik runsing, selalu dengar saya mengomel nak makan stik. Bukan dia tak boleh buat. Tapi biasalah, barang tak cukupla.. or dalam erti kata lain.. MALAS ..

Baru-baru ni, kami balik rumah mak mertua. Dan kebetulan aritu saya pun tak berapa nak sihat. Orang tak sihat, makan ape pun tak selera. So, mak mertua tanyalah nak makan ape. Saya dengan selamba cakap nak makan stik. (ambik..tak sihat pun ada hati nak makan stik)

Mak mertua pun cakap ok. Jom kita g makan stik. Saya pun ape lagi, senyum sampai telinga. Huhuhu. Suami ajak g tempat biasa. Ok, kami kalau bab-bab western food ni, mesti makan kat area Manjoi. Kalau tak silap, nama kedai dia 'Saiful Western Food'.

Western Food kat sana memang terbaik dan sedap. Saya makan stik, suami makan chicken chop. Mak mertua pilih mushroom soup.



Sedap.. Makan sampai licin pinggan. Suka sangat, akhirnya dapat juga makan stik ni. Tapi yang lagi suka bila mak mertua yang balanja. Wahh... terharunya. :)

Wassalam

:: Alamak, tercabut sudah ::

Assalamualaikum

Ini beg kesayangan saya. Saya jarang guna beg ni, beg ni kalau keluar jalan-jalan je saya bawa. Kalau gi kerja, saya guna beg lain. Tapi sejak akhir-akhir ni, bila malas menguasai diri. Beg ni saya guna gi keja. Biasalah perempuan, semua barang nak bawa. Beg make up, hardisk, buku nota, wallet dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kamera DSLR yang besar gedabak tu pun saya angkut sekali dalam beg ni. 

Suatu aritu, masa tengah jalan ngan suami tiba-tiba rasa cam berat je bahu ni, sekali tengok tali beg sebelah dah tercabut.


Sobs..sobs.. sedihnya. Beg kesayangan ku.. tercabut sudah. Hurmm.. suami cakap boleh jahit balik ni. Lagipun senang je, senang anta kedai. ( ?? )
Sekarang, beg ni ada kat umah, saya dah jahit. Tapi tak berani nak letak barang berat-berat. Nanti tercabut balik, tak boleh nak jahit dah. :) Harap-harap lepas ni, suami belikan beg baru. Yang comel-comel macam beg ni lagi. :P

Wassalam 

Monday, June 25, 2012

Hello Kitty Gila Sales 2 Coming Soon!

Another Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty items in Malaysia for a really
long time…

And today…

Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!

Previously Hello Kitty Malaysia Gila Sales 1 with Bed Room Series
have been launch successfully!

And now they are preparing to launch for Hello Kitty Gila Sales 2!

They are having pre-launch right now and as a special
pre-launch offer, you can have free Cute 3D Hello Kitty
Model at zero cost. If you don’t believe me check it out
for yourself here, while it’s still available:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

This special pre-launch offer is valid only till the launch day,
after which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and claim all the
bonuses now:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)


Claim This Bonus

Friday, June 8, 2012

:: Petua Legakan Sakit Tekak & Batuk-batuk ::

Assalamualaikum

Hari ini, saya nak kongsi satu petua dengan korang semua. Hehehe, petualah sangat. Ok, petua ni, dapat dari kakak satu ofiz. Saya dah cuba, Alhamdulillah berkesan. Sekarang kan musim orang demam dan batuk-batuk. Dengan cuaca yang kejap panas, kejap hujan. Memang cepat sangat jatuh sakit. Dan baru-baru ni, saya dan suami pun kurang sihat. Dengan deman dan batuk-batuk memang tidak selesa. Dah r keje dalam bilik yang berhawa dingin. Ok, xnak bebel panjang-panjang. Meh kita kongsi petua.

Petua untuk legakan sakit tekak dan batuk-batuk. Mula-mula ambil sebiji limau nipis dan ambil jus sahaja. Kemudian, bubuh sedikit kicap. Tak kisah kicap apa pun boleh. Tapi saya cadangkan guna kicap manis. Taklah rasa masam sangat jus limau nipis tu. Lepas dah bubuh kicap, selawat dan minum jus tu. Rasa dia taklah masam sangat, sebab kita dah bubuh kicap. Sebiji limau tu, kita boleh dapat dalam satu sudu makan. Bergantung pada saiz limau. Insya'Allah berkesan.

Selamat mencuba. Oppss.. jangan lupa baca bismillah sebelum minum. :P

Wassalam



Thursday, June 7, 2012

:: Mood Rajin Masak Masak ::

Assalamualaikum

Malam tadi berjaya buat Strawberry Cake Tiramisu. SoOooOOoo goOd.. Balik kerja, terus ajak En. Suami beli bahan-bahan untuk buat Tiramisu. Dengan semangat yang berkobar-kobar dan mata berkaca macam kucing sang suami pun setuju untuk teman si isteri shopping.

Sampai rumah, sebelum xtvt buat tiramisu. Kena la masak lauk makan malam. Masak ala-ala master chef kat dapur. En. Suami hanya mampu tersenyum melihat gelagat si isteri masak. Ok, saya tak la sehebat En. Suami masak kat dapur. Sobss.. Dia lagi pandai masak dari saya.

So, selesai juga lauk makan malam kami, tadaa...

 Sup Tauhu Jepun Cendawan Butang


Terharu bila suami cakap SEDAP MASAKAN SAYANG MALAM NIE. Senyum sampai telinga. Ok, lau korang nak tahu. Resepi asal saya ambil dari blog masam manis dalam ENTRY NI. Selamat mencuba.

Suami yang rasa tercabar dengan kehebatan isteri pun segera ke dapur untuk buat Ice Blended special. Haha, xde r. Dia tak tercabar pon. Dia juz cakap nak buat Ice Blended Avocado special . Rasa memang sedap dan lemak berkrim. Tadaa...

Ice Blended Avocado Special


Nampak sedap, rasa pun sedap. Serius tak tipu. Nanti nak blajar dari suami macam mana nak buat jus or ice blended special macam ni. Yelah, sharing is loving kan. Dia kalau kita betul-betul nak blajar buat jus or masak-masak. Dia akan ajar sampai kita pandai buat benda tu. Huhu..

So dah selesai, sekarang tibalah masa untuk saya tunjukkan bakat dalam membuat Strawberry Cake Tiramisu. Hehehe. Resepi ni pun, saya ambil dari blog masam manis dalam ENTRY NI. So, macam biasa.. cubalah, tak susah pun. senang je. Dan inilah hasilnya, tadaa...

Strawberry Cake Tiramisu


Ok, saya takde bekas yang comel-comel. Ader bekas makanan ni je. So, jadilah kan.



Dan pagi nie, bawa tiramisu ni bagi rasa kat kakak ofiz. Harap-harap dorang suka. :) Opps, lupa En. Suami cakap WAH SEDAPNYA YUMMY YUMMY. Ok yang YUMMY YUMMY tu saya yang cakap. :P

Wassalam

Wednesday, June 6, 2012

:: Terlupa ::

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni, daya ingatan semakin lemah. Mungkin terlalu banyak berfikir. Sampai lupa nak bawa spek. Kesannya ketidakselesaan penglihatan menganggu kerja. Hahaha, ayat skema. Tapi betullah. Bila terlalu bergantung kat spek. Jadi macam ni la..


Dah r keje, 8 jam menghadap pc. Dengan mata yang macam berkabus. Memang tidak selesa. Selalu ada stanby spek dalam keta. Spek emergency. Tapi aritu dah bawa keluar, sbb kes sama. Then lupa nak bawa masuk keta balik. Baru-baru ni, HP tinggal. Dalam keta baru ingat. Nak masuk umah balik memang dah malas dah. Ni lah akibat kalau jadi pelupa. Banyak sangat makan semut kot. Nak kena pasang reminder kt hp. Tapi nampak macam teruk sangat pelupanya. Haha.. so nak buat macam mana erk... plz help~

Salam

Friday, May 18, 2012

:: Budak Kaca Mata ::

Assalamualaikum

Pagi ni, pegi bank. Kerani kat bank cakap saya lagi cantik tanpa kaca mata. Yekeh?.. haha. Orang tu siap cakap apa tau. " U lagi nampak comel kalau tak pakai spek. U pakai lens la. " Saya senyum je. Tapi saya lagi selesa pakai spek. Yelah, nak ambil wuduk pun senang. Lau nak nap pun xde masalah. Tapi lau rajin, lens jadi pilihan juga. Husband cakap pakai lens or spek, tetap cantik. :P   

Wassalam

Thursday, May 17, 2012

:: A B C ::

Assalamualaikum

Semalam, lepas makan malam. Sembang-sembang dengan En. Suami. Saja sembang-sembang kosong. Tetiba En. Suami ajak main abjab-abjab. Ala yang main teka A untuk Ayam macam tu. Huhu. Tapi kami buat ikut nama.

Suami: Ok, sayang mula dulu. A?
Saya: Ahmad.
Suami: B?
Saya: Badrul.
Suami: C?
Saya: Ciko.
Suami: D?
Saya: D... Dedek. Hahaha...
Suami: Tetttt... mana ada orang nama dedek.
Saya: Adalah. Kat tempat sayang ada orang nama dedek.
Suami: Xde. Tipu!!.. 
Saya: Ok. So.. D?
Suami: Daniel.
Saya: E?
Suami: E.. E... 
Saya: Tetttt... (Sambil gelak2)
Suami: E?
Saya: Ella.
Suami: F?
Saya: Florina. 
Suami: G?
Saya: G.. G.. 
Suami: Tetttt.. hahaha.. ape G G.. Gagap ape?
Saya: (Kureng asem) G? 
Suami: Gesh 

Sampailah Z.. ok saya menang. Walaupun dia habiskan game. Huhu.. seronok juga. Sekali sekala main game camtu. Refresh minda. Tah pape..

Wassalam

Sunday, May 13, 2012

:: Selamat Hari Ibu ::

Assalamualaikum

Selamat Hari Ibu buat mama tersayang. Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang mama buat. Saya sayang mama sangat-sangat. Teringat masa kecil-kecil dulu. Mama sangat tegas dalam mendidik kami sampai kami menjadi orang yang berguna. Terima kasih segalanya. Tanpa sokongan dan dorongan mama saya tidak mungkin berada di mana saya berada sekarang ini. Mama, walaupun jarak memisahkan kita dan saya sudah menjadi isteri orang. Kasih dan sayang saya pada mama tidak pernah berubah. Segala nasihat yang mama berikan saya jadikan panduan untuk menempuh hari-hari mendatang. Terima kasih mama! 




Wassalam

Saturday, May 12, 2012

:: Happy Nurses Day ::

Assalamualaikum


Happy Nurses Day buat Kakak tersayang dan semua jururawat di Malaysia. 




Wednesday, May 2, 2012

:: Pening ::

Assalamualaikum

Pening giler kepala, bila dorg nie tukar bau penyembur ofiz. Ya Allah bau nyer memang xleh tahan lau bau wangi xpe juga. Nie bau macam ****. Memang takde citarasa langsung dorang nie. Rasa macam nak muntah hijau je. Harini, rasa takde mood nak keje. Coz keje banyak giler. Penuh meja. Dah r tengah pening ngan bau ofiz, keje pun memeningkan juga. Saya nak berehat. Nak bercuti. Nak lari dari kesibukan kerja di ofiz. En. Suami plz help. Jom kte g bercuti!!..

Salam

Friday, April 13, 2012

:: Buah Zuriat ::

Assalamualaikum

Syukur Alhamdullilah. Aritu dapat buah zuriat dari akak ofiz. Kebetulan mak dia pergi umrah. Orang cakap buah nie, ade kat Mekah je. Buah ni, untuk kesuburan. Bagi pasangan suami isteri yang belum mendapat anak.


Buah Zuriat @ Buah Adam & Hawa

Nampak macam buah salak, tapi hakikatnya keras macam buah kelapa. Nak buka memang mencabar dan perlu kesabaran yang tinggi. Kulit buah ni wangi, Alhamdulillah syukur Allah permudahkan saya untuk membukanya.


 


Macam buah kelapa kan?


Bila dah selesai buka sampai dapat isi putih ni. Rebus sehingga air rebusan bertukar warna menjadi warna seakan-akan teh. Bau air ni memang wangi rasanya pun sedap. Sebelum minum, jangan lupa baca selawat dan doa mohon zuriat. Mudah-mudahan dikurniakan zuriat InsyaAllah.


Salam

Thursday, April 5, 2012

:: Kenapalah kalau saya orang Sabah? ::

Assalamualaikum

Saya memang orang Sabah. Jadi, kenapalah? Itupun boleh jadi isu ke? Saya Sabahan dan En. Suami orang Perak. Saya membesar di Sabah. Masa umur 18 or 19 tahun macam tu, saya sambung study di Melaka. 3 tahun study sana. Habis study stay Sabah balik tapi tidak lama la. Dalam setahun dua macam tu. Dapat pula kerja di sini. Jodoh pun orang sini. Jadi menetaplah di semenanjung ni.




Tapi tidak bererti saya lupa daratan OK. Jasad di sini, tapi hati di Sabah. Saya rindu keluarga di Sabah. Rindu masakan Sabah. Semualah.. Tidak kiralah kamu orang mana. Yang penting jangan lupa asal usul kamu sudah. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.




Saya stay di sini, mestilah kena ikut loghat orang di sini. Tapi bila saya balik kampung. Saya cakap macam orang Sabah. Kadang-kadang tersasul juga. Tapi adatlah kan? So, pandai-pandailah bawa diri di negeri orang.

Salam

Tuesday, April 3, 2012

:: Konvokesyen ::

Assalamualaikum

Minggu ni, minggu konvokesyen. Jalan memang jem. Parking pun takde. So, minggu nie minta En. Suami hantar dan ambik balik kerja. Bila tengok budak2 pakai jubah konvo, teringat masa zaman study dlu. Merasa jugalah pakai jubah 2. Warna hijau lagi. Hahaha. Seronok sangat.

Sekarang bukan zaman saya dah, zaman saya semua dah lepas. Kawan-kawan pun semua dah ader komitmen sendiri. Masing-masing dah ader kerjaya sendiri. Hurmm, rindu pula kat dorang. Bila nak jumpe nie.

Salam