Tuesday, June 26, 2012

:: Stik, Chicken Chop or Mushroom Soup? ::

Assalamualaikum

Aritu mengidam nak makan stik, hari-hari bising ngan suami "teringin sangat nak makan stik" , "Dah lame kita tak makan stik kan?". Myb dia pun naik runsing, selalu dengar saya mengomel nak makan stik. Bukan dia tak boleh buat. Tapi biasalah, barang tak cukupla.. or dalam erti kata lain.. MALAS ..

Baru-baru ni, kami balik rumah mak mertua. Dan kebetulan aritu saya pun tak berapa nak sihat. Orang tak sihat, makan ape pun tak selera. So, mak mertua tanyalah nak makan ape. Saya dengan selamba cakap nak makan stik. (ambik..tak sihat pun ada hati nak makan stik)

Mak mertua pun cakap ok. Jom kita g makan stik. Saya pun ape lagi, senyum sampai telinga. Huhuhu. Suami ajak g tempat biasa. Ok, kami kalau bab-bab western food ni, mesti makan kat area Manjoi. Kalau tak silap, nama kedai dia 'Saiful Western Food'.

Western Food kat sana memang terbaik dan sedap. Saya makan stik, suami makan chicken chop. Mak mertua pilih mushroom soup.



Sedap.. Makan sampai licin pinggan. Suka sangat, akhirnya dapat juga makan stik ni. Tapi yang lagi suka bila mak mertua yang balanja. Wahh... terharunya. :)

Wassalam

:: Alamak, tercabut sudah ::

Assalamualaikum

Ini beg kesayangan saya. Saya jarang guna beg ni, beg ni kalau keluar jalan-jalan je saya bawa. Kalau gi kerja, saya guna beg lain. Tapi sejak akhir-akhir ni, bila malas menguasai diri. Beg ni saya guna gi keja. Biasalah perempuan, semua barang nak bawa. Beg make up, hardisk, buku nota, wallet dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kamera DSLR yang besar gedabak tu pun saya angkut sekali dalam beg ni. 

Suatu aritu, masa tengah jalan ngan suami tiba-tiba rasa cam berat je bahu ni, sekali tengok tali beg sebelah dah tercabut.


Sobs..sobs.. sedihnya. Beg kesayangan ku.. tercabut sudah. Hurmm.. suami cakap boleh jahit balik ni. Lagipun senang je, senang anta kedai. ( ?? )
Sekarang, beg ni ada kat umah, saya dah jahit. Tapi tak berani nak letak barang berat-berat. Nanti tercabut balik, tak boleh nak jahit dah. :) Harap-harap lepas ni, suami belikan beg baru. Yang comel-comel macam beg ni lagi. :P

Wassalam 

Monday, June 25, 2012

Hello Kitty Gila Sales 2 Coming Soon!

Another Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty items in Malaysia for a really
long time…

And today…

Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!

Previously Hello Kitty Malaysia Gila Sales 1 with Bed Room Series
have been launch successfully!

And now they are preparing to launch for Hello Kitty Gila Sales 2!

They are having pre-launch right now and as a special
pre-launch offer, you can have free Cute 3D Hello Kitty
Model at zero cost. If you don’t believe me check it out
for yourself here, while it’s still available:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

This special pre-launch offer is valid only till the launch day,
after which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and claim all the
bonuses now:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)


Claim This Bonus

Friday, June 8, 2012

:: Petua Legakan Sakit Tekak & Batuk-batuk ::

Assalamualaikum

Hari ini, saya nak kongsi satu petua dengan korang semua. Hehehe, petualah sangat. Ok, petua ni, dapat dari kakak satu ofiz. Saya dah cuba, Alhamdulillah berkesan. Sekarang kan musim orang demam dan batuk-batuk. Dengan cuaca yang kejap panas, kejap hujan. Memang cepat sangat jatuh sakit. Dan baru-baru ni, saya dan suami pun kurang sihat. Dengan deman dan batuk-batuk memang tidak selesa. Dah r keje dalam bilik yang berhawa dingin. Ok, xnak bebel panjang-panjang. Meh kita kongsi petua.

Petua untuk legakan sakit tekak dan batuk-batuk. Mula-mula ambil sebiji limau nipis dan ambil jus sahaja. Kemudian, bubuh sedikit kicap. Tak kisah kicap apa pun boleh. Tapi saya cadangkan guna kicap manis. Taklah rasa masam sangat jus limau nipis tu. Lepas dah bubuh kicap, selawat dan minum jus tu. Rasa dia taklah masam sangat, sebab kita dah bubuh kicap. Sebiji limau tu, kita boleh dapat dalam satu sudu makan. Bergantung pada saiz limau. Insya'Allah berkesan.

Selamat mencuba. Oppss.. jangan lupa baca bismillah sebelum minum. :P

Wassalam



Thursday, June 7, 2012

:: Mood Rajin Masak Masak ::

Assalamualaikum

Malam tadi berjaya buat Strawberry Cake Tiramisu. SoOooOOoo goOd.. Balik kerja, terus ajak En. Suami beli bahan-bahan untuk buat Tiramisu. Dengan semangat yang berkobar-kobar dan mata berkaca macam kucing sang suami pun setuju untuk teman si isteri shopping.

Sampai rumah, sebelum xtvt buat tiramisu. Kena la masak lauk makan malam. Masak ala-ala master chef kat dapur. En. Suami hanya mampu tersenyum melihat gelagat si isteri masak. Ok, saya tak la sehebat En. Suami masak kat dapur. Sobss.. Dia lagi pandai masak dari saya.

So, selesai juga lauk makan malam kami, tadaa...

 Sup Tauhu Jepun Cendawan Butang


Terharu bila suami cakap SEDAP MASAKAN SAYANG MALAM NIE. Senyum sampai telinga. Ok, lau korang nak tahu. Resepi asal saya ambil dari blog masam manis dalam ENTRY NI. Selamat mencuba.

Suami yang rasa tercabar dengan kehebatan isteri pun segera ke dapur untuk buat Ice Blended special. Haha, xde r. Dia tak tercabar pon. Dia juz cakap nak buat Ice Blended Avocado special . Rasa memang sedap dan lemak berkrim. Tadaa...

Ice Blended Avocado Special


Nampak sedap, rasa pun sedap. Serius tak tipu. Nanti nak blajar dari suami macam mana nak buat jus or ice blended special macam ni. Yelah, sharing is loving kan. Dia kalau kita betul-betul nak blajar buat jus or masak-masak. Dia akan ajar sampai kita pandai buat benda tu. Huhu..

So dah selesai, sekarang tibalah masa untuk saya tunjukkan bakat dalam membuat Strawberry Cake Tiramisu. Hehehe. Resepi ni pun, saya ambil dari blog masam manis dalam ENTRY NI. So, macam biasa.. cubalah, tak susah pun. senang je. Dan inilah hasilnya, tadaa...

Strawberry Cake Tiramisu


Ok, saya takde bekas yang comel-comel. Ader bekas makanan ni je. So, jadilah kan.



Dan pagi nie, bawa tiramisu ni bagi rasa kat kakak ofiz. Harap-harap dorang suka. :) Opps, lupa En. Suami cakap WAH SEDAPNYA YUMMY YUMMY. Ok yang YUMMY YUMMY tu saya yang cakap. :P

Wassalam

Wednesday, June 6, 2012

:: Terlupa ::

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni, daya ingatan semakin lemah. Mungkin terlalu banyak berfikir. Sampai lupa nak bawa spek. Kesannya ketidakselesaan penglihatan menganggu kerja. Hahaha, ayat skema. Tapi betullah. Bila terlalu bergantung kat spek. Jadi macam ni la..


Dah r keje, 8 jam menghadap pc. Dengan mata yang macam berkabus. Memang tidak selesa. Selalu ada stanby spek dalam keta. Spek emergency. Tapi aritu dah bawa keluar, sbb kes sama. Then lupa nak bawa masuk keta balik. Baru-baru ni, HP tinggal. Dalam keta baru ingat. Nak masuk umah balik memang dah malas dah. Ni lah akibat kalau jadi pelupa. Banyak sangat makan semut kot. Nak kena pasang reminder kt hp. Tapi nampak macam teruk sangat pelupanya. Haha.. so nak buat macam mana erk... plz help~

Salam