Friday, June 8, 2012

:: Petua Legakan Sakit Tekak & Batuk-batuk ::

Assalamualaikum

Hari ini, saya nak kongsi satu petua dengan korang semua. Hehehe, petualah sangat. Ok, petua ni, dapat dari kakak satu ofiz. Saya dah cuba, Alhamdulillah berkesan. Sekarang kan musim orang demam dan batuk-batuk. Dengan cuaca yang kejap panas, kejap hujan. Memang cepat sangat jatuh sakit. Dan baru-baru ni, saya dan suami pun kurang sihat. Dengan deman dan batuk-batuk memang tidak selesa. Dah r keje dalam bilik yang berhawa dingin. Ok, xnak bebel panjang-panjang. Meh kita kongsi petua.

Petua untuk legakan sakit tekak dan batuk-batuk. Mula-mula ambil sebiji limau nipis dan ambil jus sahaja. Kemudian, bubuh sedikit kicap. Tak kisah kicap apa pun boleh. Tapi saya cadangkan guna kicap manis. Taklah rasa masam sangat jus limau nipis tu. Lepas dah bubuh kicap, selawat dan minum jus tu. Rasa dia taklah masam sangat, sebab kita dah bubuh kicap. Sebiji limau tu, kita boleh dapat dalam satu sudu makan. Bergantung pada saiz limau. Insya'Allah berkesan.

Selamat mencuba. Oppss.. jangan lupa baca bismillah sebelum minum. :P

Wassalam



No comments:

Post a Comment