Monday, August 27, 2012

Friday, August 10, 2012

:: Masih Bujang? ::

Assalamualaikum

Sengih-sengih bila bos ingat kita bujang lagi. Hakikatnya dah setahun lebih dah kawennya. Hehe, balik rumah cite kat husband. Nak taw dia cakap ape??.. PERASAN LA TU. T__T sentap. *Eleh jeles r tu, orang ingt kita bujang lagi*

Tapi betullah, bila keluar jalan-jalan ngan husband ramai orang cakap kami ni tak nampak macam pasangan suami isteri. Tapi nampak cam couple2 lain. Adoi.. adakah patut dorang cakap macam tu. Mayb kami belum ader baby lagi kot. Think +ve.


:)


Wednesday, August 8, 2012

:: Hari Jadi ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah, 8 Ogos bertambah setahun lagi usia saya. Thanks kat suami n family n kawan-kawan yang wish besday saya. Hari ini happy sangat. Balik kerja, husband bawa pergi kedai kek. Minta saya pilihkan kek apa yang saya nak. Wah.. terharunya. Memandangkan Red Velvet Cake takde, saya pun pilih Black Forest Cake. 

Black Forest Cake
Sampai je rumah, husband cakap hari ni biar dia yang sediakan makanan berbuka nanti. Dia suruh saya rehat je. Lagi terharu. Layan macam puteri. Hehehe. So, husband masak ayam goreng kunyit untuk saya. Makanan kegemaran tu. Dia ada buat sup sekali. Sup bebola ikan. Masak simple tapi sedap. Lagipun makan berdua je. :)

Ayam Goreng Kunyit
Sup Bebola Ikan

Cili Kicap

Ayam Goreng Kunyit, Sup Bebola Ikan dan Cili Kicap. Cukup untuk makan berdua. Simple dan penuh kasih sayang. :) Terima Kasih Dear..

Wassalam


Friday, August 3, 2012

:: Petua Untuk Hilangkan Bau & Putihkan Ketiak ::

Assalamualaikum

Nak hilangkan bau ketiak yang tengik dengan cara yang mudah dan semulajadi. Disamping memutihkan ketiak yang hitam akibat terlalu berharap sangat kat deodorant? Gunalah tawas. Tawas? Ye, tawas. Lepas mandi, Masa ketiak masih basah. Gosok tawas kat situ. 

Amalkan setiap hari selepas mandi. InsyaAllah, hilanglah bau ketiak tu. Bukan bau je hilang. Ketiak pun boleh jadi putih. Tawas boleh dibeli dimana-mana kedai jamu atau kat kedai runcit selain tu, boleh juga beli kat Watsons atau kat Guardian. Kalau beli kat kedai runcit, biasanya dijual dalam bentuk macam ni.


Kalau beli kat kedai jamu, watsons or guardian. Biasanya dorang akan jual dalam bentuk macam sabun or macam bentuk deodorant. :) Selamat mencuba.

Wassalam

Wednesday, August 1, 2012

:: Mengantuknya.. ::

Assalamualaikum

Mengantuknya rasa, selalunya time rehat pukul 1 tengahari. Saya tak tido, time nie saya mengadap pc je. Tapi dari semalam, tepat je kul 1. Mesti nak nap, kejap pun jadilah. Bila bangun je, rasa mamai2. Jalan pun tak betul. Nasib baik tak jatuh.Tadi time solat pun rasa macam nak jatuh. Sampai ada kakak ofiz tegur. Ya, Allah. Kenapa rasa letih sangat ni.